Thursday, August 27, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan...


selamat berpuasa dan semoga ibadah kita diterima olehNya.

Thursday, August 6, 2009

MERDEKA! MERDEKA!

Sempena bulan kemerdekaan ni ...aku sajikan koleksi yang aku ader sempena kemerdekaan kat YAB. hahahha!!
Idea nak wat bendera terbesar ni aku amik dari proton...heheh masa tu aku felo kat sana sebenarnya bendera ni lagi besaq dari proton...hahahha
eksen tuk amik gambar... bukan depa gantung pun...heheh yang gantung bebudak len... siap pakai tali abseling lagi

bersatu membawa berkat...

megah tersergam indah....

siap wat banner lagi...

perarakan malam ambang merdeka...




1MALAYSIA...
kalu x silap aku yab ader menang anugerah peringkat universiti iaitu ceria merdeka no 2 n perbarisan terbaik anugerah juri...tahun aku x ingat r....

Wednesday, July 22, 2009

Saat-saat akhir aku di YAB

masa aku dah nak abis jadi pengetua dan aku pun bz ngan study aku yang baru bermula tapi aktiviti student tetap aku uruskan n jalankan...aku x mo kesinambungan kerancakan aktiviti yang dijalankan oleh JPMK terbantut... so banyak gak aktiviti setengah tahun pertama 2008 aku masih settelkan....huhu

salah satunya ialah aktiviti JPMK 2008 dibawah Agos ialah Grand Dinner Kolej... kali ni wat Darul Aman Golf Resort... kali ni grand dinner mmg simple dan ringkas sahaja... alasan yang dinerikan oleh pres ialah hanya nak melibatkan yang aktif sahaja...so aku x membantah...selama ni kalu grand dinner wat kat dewan besar hampir 800 jemputan... siap jual tiket...ader persembahan artis (pernah jemput kumpulan x-factor (HAHAHAHAHAH!!!), Hafiz UNIC, kumpulan Brother dan ramai lagi artis... hehehe...biaser a aku ni....ahaks....

walaupun simple tapi aku happy coz ni dinner terakhir aku kat yab sebagai pengetua....lepas ni tak dak dahhh.....dalam majlis ni ader gak anugerah diberikan kepada student2 cemerlang dalam membantu kolej membuat aktiviti kolej...thank bebanyak. apa2 pun selamat tinggal yab....terima kasih kerana terima aku jadi pengetua...huhu

sebagai penutup wat pertama kali aku nyanyi...sepanjang di YAB aku x penah nyanyi karaoke depan bebudak...kira last kopek akhirnya aku nganyi gak ngan felo aku...steph...lagu jamal n siti sarah sandar pada kenangan tajuk lagunya....


diorang mmg gile glamour lebih....hahahha

buruk tul agos nyanyi hahahhahahha!!!!

agos yang buncit (mengandung 5 bulan anak saper?) ....hahahahhah

makan-makan

aku jadi tumpuan bergambar macam maskot plak ...hihihi

budak jahat.....heheh





aku bawak steph ikut naik keta aku... kira malam tu aku pinjam jadi awek aku sekejap...hahahha

Wednesday, July 15, 2009

rombongan cik siti & cik aini ke sarawak...









setelah semua staf aku bertungkus lumus wat keje semasa sibuk minggu suai kenal aku pun n kak dib sepakat nak hadiahkan lawatan staf yab pi jalan-jalan...saje nak amik hati diorang... semua staf pentadbiran n ketua ra aku ajak pi ke sarawak...naek Air Asia...everybody can fly....heheheh

ader gak bebudak yang aku minta ikut skali seperti choki, wei n cj...sebab mereka banyak membantu urusan kolej semasa minggu suai kenal selain ketua ra seperti agos n salina ketika itu...hehehe

aku n kak bib? kami x pi...coz kami ader projek luar negara yang baiiikkk punyaaaa...hahahhaha selain tu staf pentadbiran aku minta bagi duit belanja skit untuk beli ikan terubok masin banyak2 ahahahhah.... walaupun aku x pi tapi aku wakilkan timbalan pengetua norizah ikut diorang bagi kawal skit kat sana....terutamanya yang nakal2 mcm choki n agos tu hahahahh... yang penting bagi aku mereka happy!!!!

Monday, July 13, 2009

Kisah Akil Hayy...

Ok aku nak cerita program2 yang dibuat masa saat2 aku nak abis jadi pengetua... program ni diuruskan oleh choki...ex JPPK 2007... dia ni bersungguh2 nak wat projek bagi memaintainkan YAB boleh menang AKJ wat 3 kali berturut2...heheh

program forum ehwal islam memang projek tahunan yab...sebelum 2 ader panggil pegawai agama kedah n ustaz bashir, kemudian tu pernah panggil waheeda jadi panel untuk tajuk pasal nasyid...n tahun last tu wat ngan akil hayy (pakwe waheeda...hahahah)

mulanya aku xsuh pun diorang cari akil hayy jadi panel...aku cakap amik r yang interesting skit...aku ader tgk sorang ustaz kat RTM1 dia tu suka amik tajuk lagu2 wat dialog dia..so best gak...dia kira dah tua r...tapi bebeudak aku ingat si akil hayy plak,..siap dah contact lagi...so aku teruskan jer r...

sebenarnya banyak dugaan nak wat program ni...antaranya tentangan pihak top management...birokrasi n beberapa sentimen berbaur politik...maklum r si akil ni pro pembangkang....tapi aku minta dia berikan isu-isu yang berkaitan jer jangan menyimpang macam ceramah pas plak...itu janji aku ngan tnc bila dia dah luluskan program tu....

masa nak wat program tu pun banyak halangan n banyak perubahan last minute dilakukan....aku pun naik pening sampaikan aku bertengkar gak ngan si choki bila dia trus wat kepala dia hingga kes ni sampai ke peringkat NC...huhuhu penat nak explain... bukan senang nak wat projek kat yab ni...

mula2 dia sampai kat tempat ceramah...dah r ujan sebelum tu..lambat plak dia datang...huhuh nasib2...

akil hayy beri ceramah...

sambutan memang hangat....aku rasa ni adalah program yang berjaya menarik minat mahasiswa...ramai gak pegawai puji tapi yang pening aku n bebudak yab gak...huhu

sampai duk bawah lagi...

aku ngan ustaz usamah...

aku beri cenderamata kat akil hayy...sebenarnya aku teringin benar untuk menjadi tumpuan flash camera yang banyak...mcm kat red carpet tu...hehehe...selama ni aku pi program xder yang ramai nak amik pic aku (walaupun tumpang glamour akil)...so malam tu tertunai gak impian aku nak jadi tumpuan camera hingga mata aku berpinar ngan cahaya flash...heheh

majlis nak abis...

time nak makan...


Pic kenangan...sebenarnya program ni pun ader kerjasama ngan MPP...saje kami minta kerjasama ngan MPP coz kecian tgk MPP wat program jarang dapat sambutan...so kita bantu r sikit2 mane yang mampu...hehehe..satu lagi MPP boleh minta duit ngan HEP...hahah strategi tuuuuu

Gambar oleh PRO UUM

Wednesday, July 8, 2009

YAB menang 2 tahun berturut-turut

keratan berita online uum...
PROUUM ONLINE: Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Yayasan AlBukhary Universiti Utara Malaysia (UUM) mempertahankan kedudukan mereka sebagai Dewan Penginapan PelajarTerbaik bagi 2007 apabila menerima anugerah bagi kategori tersebut di Anugerah Kerana Jasa 2007. Dengan menerima anugerah tersebut, DPP YAB berjaya mengalahkan 14 dewanpenginapan pelajar lain dan seterusnya mengekalkan gelaran tersebut bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
DPP YAB turut memenangi Anugerah Projek Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa DewanPenginapan Pelajar (JPM DPP) Terbaik (Sukan dan Rekreasi), Budaya dan Seni, Anugerah DPP Terbaik bagi kategori Akademik, Khidmat Masyarakat dan Sukan dan Rekreasi. Pro Canselor UUM, Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim menyampaikan hadiah berprestij berupa piala pusingan kepada Pengetua DPP YAB, Mohd Anizam Ariffin.Turut sama menyaksikan penganugerahan itu ialah Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Dahlan Ismail di Hotel EDC-UUM baru-baru ini.
Mohd Anizam yang ditemui berkata kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan kerjasama daripada pelajar DPP YAB yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan YAB selalu muncul cemerlang. Katanya, sebagai pengetua beliau sentiasa memberikan galakan dan semangat kepada pelajar tersebut untuk terus berusaha dan cuba menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti tidak kira dalam hal-hal berkaitan akademik ataupun kokurikulum lain. “Saya melihat pelajar perlu lebih kreatif dalam menganjurkan aktiviti yang dijalankan bagi menonjolkan idea-idea baru. Kita jangan laksana aktiviti yang sama sahaja sebaliknya cuba dedahkan dan pandu mereka untuk merancang aktiviti baru.
“Kita juga perlu menggalakkan pelajar mencari idea yang lebih ke hadapan yang mampu menarik pelajar lain untuk menyertainya. Daripada setiap aktiviti yang dijalankan kita boleh membuat penilaian sejauh mana aktiviti tersebut berjaya,”katanya yang cuba berkongsi rahsia kejayaan DPP YAB. Tambah Anizam, ucapan tahniah sepatutnya diberikan kepada pelajar dan JPPK tahun lalu kerana kesungguhan mereka melakukan pelbagai aktiviti yang memberi manfaatkepada pelajar itu sendiri dan masyarakat keseluruhan.
Sebanyak 30 kategori anugerah dipertandingkan antaranya Anugerah Projek Terbaik Badan Pelajar, Projek Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Dewan PenginapanPelajar Terbaik, Anugerah Projek Terbaik Majlis Perwakilan Pelajar, Anugerah DPP Terbaik, Anugerah Budi Pertiwi (Siswa dan Siswi), Mahasiswa dan MahasiswiHarapan Terbaik, Budaya dan Seni Terbaik (Siswa dan Siswi), Olahragawan dan Olahragawati Terbaik dan Anugerah Mahasiswa dan Mahasiswi Terbaik. 14 kolej kediaman lain di UUM seperti kolej MAS, TENAGA NASIONAL, PROTON,TRADEWINDS, PETRONAS, GUTHRIE, MISC, TM, PERWAJA, MAYBANK, BANK MUAMALAT, EON,BANK RAKYAT dan BUKIT KACHI 2 turut menyertai pertandingan tahunan berkenaan. Dalam ucapannya Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz berkata pembabitan mahasiswa dalampelbagai aktiviti di luar bilik kuliah merupakan satu usaha yang boleh mengasahbakat kepemimpinan dan pengurusan mahasiswa.“Dalam era alaf baru ini persaingan semakin hebat, konsep langit terbuka akanterus menyebabkan persaingan menjadi semakin sengit di kalangan generasi mudaterutamanya mahasiswa universiti.
“Untuk berhadapan dengan cabaran ini mahasiswa perlu melengkapkan diri denganilmu yang berkualiti baik dari dalam ataupun luar bilik kuliah. Mahasiswaperlulah memacu dan memandu ilmu yang diperoleh agar sejajar dan sehaluan denganidealisme sejagat.“Idealisme itu semestinya berteraskan dan berakar umbi perkara-perkara sepertikecintaan kepada agama, bangsa, negara, kebenaran, keadilan dan keharmonian,”katanya lagi.Beliau berharap, mahasiswa masa kini khususnya mahasiswa UUM akan sentiasa memperlengkapkan diri dengan kemahiran serta menguasai bahasa Inggeris sertapelbagai ilmu lain yng dapat menjadi nilai tambah kepada mereka.Sementara itu, bagi kategori penerima Anugerah Mahasiswa Terbaik diberikankepada Khairil Anuar Azmi dan Anugerah Mahasiswi Terbaik kepada Siti NurkhasanahKhalil manakala Ooi Choon Jun pula menerima Anugerah Mahasiswa Harapan Terbaik dan Nur Balkis Hassan (Anugerah Mahasiswi Harapan Terbaik).Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM,Datuk Dr Faiz Hamid dan pegawai-pegawai kanan universiti.

hadiah yang kami dapat mlm tu...banyak wooo!!

gambar ni MT JPPK 2008..tapi semua kecuali Presiden ialah bekas JPPK 2007..so diorang layak r bergembira kecuali presiden...ambik ko agos...!!

bergaya lagi ngan coki2, n nasrul...yang ni baru betul2 ex jpmk 2007

Agos: saya dah kata kita mmg layak menang!!
Aku: pi rah..!! yang menang JPPK 2007 ek...bukan 2008...pres 2008 tumpang semangkuk je tau...hahhahah

Agos memang suka mengoyak hamper...haha..aku plak bz melayan sms ucapan tahniah...

aktiviti bersama memakan makanan ringan


dalam dewan EDC anugerah kerana jasa..jppk yab kuat makan

aku singgah makan sekali...

coki pun menang

nasrul pun menang gak...

nadia wakil naik pentas amik hadiah...kira dia n agos bergilir2 amik hadiah...byk woo..

CJ duk sebelah TNC..x lalu makan...hahah

amik ko...

amik gak...

mulanya aku xmo naik pentas coz dulu jadi isu pengetua naik pentas sedangkan projek tu student yang buat... tapi masa diumumkan si fairoz (hep) suh gak aku pi naik...dia kata sebelum aku kuar x jadi pengetua yab lagi... pi r amik gak..huhu


agos yang over...hahahah



agos diapit aweks....

sayang...sumer piala dah musnah....huhuhu