Sunday, May 31, 2009

XTVT masa awal2 di YAB

aktiviti masa bolan pose....nampak letih jer tunggu makanan
tukang masak x profesional...masa majlis bukak pose...

kelas bimbingan oleh BILAMIK....steph yang wat...


aktiviti motivasi kot...aku x ingat...

masa ni zaman azman masa jadi presiden JPPK yab... masa ni dah mula banyak aktiviti dijalankan oleh JPPK... maaf kalau ader pic aktiviti ni ada yang masa zaman ah chong...aku x berapa ingat sgt... salah satu ialah gempur ipt...tujuan aku mintak wat aktiviti ni ialah supaya mereka ader networking ngan ipt len...senang coz bila nak pi kl ader rombongan ker bleh lepak kolej yang menjadi kolej berkembar tu... salah satunya kamsis burhanudin helmi UKM...kolej tu masa aku duk masa wat 1st degree aku...hehehe... so itu r tujuannya... ader gak selepas tu mereka kembangkan ke Uitm...utm...unimap...dan ader lagi r aku x ingat...hehehe!!!





selain tu...aktiviti fire drill...hahaha!! rupanya budak yab dah praktis nak cegah kebakaran lebih awal kira-kira 4 tahun awal...hehehe...patut r terbakat pejabat jer...blok selamat...heheheh


API-API!!!

Wednesday, May 27, 2009

Timbalan-timbalan pengetua yab

ok r...skrang aku nak citer pasal timbalan-timbalan pengetua kat YAB... kolej-kolej yang besar mcm yab, muamalat, kachi mmg ader timbalan pengetua...tugasnya membantu urusan pentadbiran dan aktiviti pelajar... sepanjang aku jadi pengetua aku telah berkhidmat bersama 3 orang timbalan...heheh kira macam tun mahathir r masa jadi PM...ader ramai timbalan PM...tapi aku x r sampai pecat diorang mcm kes anwar ibrahim...heheheh!! yang pertama timbalan aku ialah syamsul a.k.a shawn... (pic dia tgk older post yang lama) masa aku jadi pengetua dia mmg dah jadi timbalan pengetua kat YAB... dia banyak bantu aku untuk ceritakan senario sebenar pasal yab...maklumlah aku orang baru.... dari situ aku dapat menilai prestasi sebenar YAB...so senang kerja aku di sini.... tapi sayang x lama jadi timbalan aku...coz universiti x sambung kontrak dia.... skrang dia sambung study wat PhD... so aku dapat timbalan pengetua yang baru plak...

yang tepi sekali tu ialah timbalan pengetua yang ke2 yab...nama dia shamzaeffa...susah nak sebut n tulis nama dia...hehehe...dia sebenarnya mmg felo di yab...so mmg tau juga selok belok di yab... sepanjang jadi timbalan banyak gak aku delegate tugas kat dia... aku x dapat hadir events mane2 dia r yang wakil aku... aku pun bz gak... banyak idea yang dia beri kat YAB...salah satunya yang aku ingat ialah cadangan dia wujudkan group email kepada semua pelajar yang berdaftar di yab...akhirnya dapat direalisasikan dgn kerjasama Pusat Komputer UUM...so senang r nak bagi maklumat n sampaikan kepada semua students yab... tak silap aku dia jadi timbalan pengetua selama 2 tahun sebelum dia terbang ke UK menyambung study wat PhD...aku hilang lagi sorang timbalan dah.....

dan yang ini yang timbalan yang terakhir aku iaitu norizah... (yang pakai baju kotak2 tu)pensyarah kat FKBM... aku yang amik dia dari muamalat masa tu dia felo kat sana... aku nampak dia berpotensi jadi timbalan pengetua.... akhirnya dia bersetuju....dia jadi timbalan pengetua lebih kurang 1 1/2 tahun... dia orang yang sempoi n senang ajak berbincang...bersungguh dalam wat kerja...senang kerja aku skit...heheh... Dia seorang yang st8 2 the point... banyak jasa yang dia dah lakukan...maklumlah aku banyak masalah gak masa tu...nak urus banyak benda...dan kebetulan mak aku sakit2 so aku kena cuti sebulan ...dia yang banyak bantu jaga yab...(skrang dia wat PhD sambung kat USM)

tapi aku terkilan gak sebab pentabiran kolej x hargai jasa yang dia buat...jamuan penghargaan atau hadiah pun x beri kepada dia.... sedih gak...aku x dapat uruskan majlis tu kerana aku dah letak jawatan sebagai pengetua...n dia sebagai pemangku pengetua sebelum pengetua baru dilantik menggantikan aku... so macam x hargai jasa dia langsung... aku pun rasa terkilan gak bila aku keluar pun x der apa2 majlils meraikan aku dan norizah.... aku jeles gak tengok pengetua2 COB lain yang dah keluar diraikan oleh pelajar-pelajar n pentadbiran kolej dalam majlis perpisahan ker...majlis serah tugas ker.... x per...aku x kisah...tapi aku rasa terkilan kerana tak dapat hargai jasa-jasa timbalan aku dulu...

Tuesday, May 26, 2009

Presiden-presiden yab...

Sepanjang aku sebagai pengetua 5 tahun tu...aku dah berkerja seramai 5 orang presiden...alhamdulillah sumer ok keje ngan aku...xtau r kalu diorang x ok... hehehhe... sampai sekarang aku masih lagi berhubungan dengan mereka...cuma yang ader gak yang lost contact....pada aku presiden ni jawatan yang amat penting...pertama mesti boleh berkerja dengan setiap orang di dalam kolej...terutama staf-staf termasuk pengetua n felo...kalu tak x dapat r kerjasama yang baik... aku pegang prinsip mereka mesti boleh bekerja dan mempunyai pengaruh di kalangan pelajar-pelajar... dan satu lagi aku amat percaya setiap orang ader potensi masing-masing dan harus digilap....
presiden yang pertama kerja ngan aku.... orang sumer panggil dia ah chong....aku pun x ingat nama sebenar dia...hihihi... aku x lantik dia coz aku baru ajer jadi pengetua masa tu... pengetua lama dah lantik siap2 ...aku terima seadanya... ok orang dia cuma dia ni takut-takut sikit ngan aku...aku tak tau pasal per...? heheh...tapi kerja ok...lagi pun masa tu aku baru blajaq jadi pengetua...so x banyak sgt demand aku r...heheh...aku lost contact ngan dia...x tau dia pi mane... masa zaman dia jadi presiden JPPK bawah ah chong telah menerima 2 anugerah AKJ iaitu projek terbaik akademik dan projek terbaik budaya dan seni.... kira orait r coz awal-awal lagi dah menang...hehehe

yang ni...presiden yang kedua..aku lantik sendiri....masa tu aku dah tahun ke2 jadi pengetua... nama dia Nor Azman..... asalnya ialah JPPK biro kebudayaan dan kesenian... orangnya tegas ngan budak jppk bawahnya...aku pun kadang-kadang takut gak bila dia marah budak2 len...aku slow jer r...zaman dia telah banyak berubah aku fokus kepada aktiviti di bawah biro kerohanian...sebenarnya setiap tahun kami jppk ader fokus aktiviti...tahun tu ialah supaya aktiviti kerohanian menjadi lebih baik..ader matlamat...berperingkat lebih tinggi...mulalah projek-projek mega aku perkenalkan....contoh pertandingan nasyid peringkat negeri...seminar peringkat wilayah utara....dan lain2...alhamdullilah YAB menang dalam kategori yang sama dalam akj berturut2.... n dapat naib johan kolej terbaik...kalah tipis ngan kolej proton (kolej asal aku). dia masih lagi contact ngan aku...

yang ni presiden yang ke3 sharudin a.k.a cdien....mulanya orang len trperanjat bila aku nak lantik dia...dah r poyo...geng jahat kat blok... rambut panjang...sumer yang xelok ader kat dia r...heheheh!!! tapi aku ader muslihat untuk amik dia jadi presiden...coz dia aktif dalam sukan n banyak pengaruh di kalangan student di yab... masa tu aku fokus tahun tu untuk jadi YAB terbaik dalam sukan n boleh menang dalam SUKOL... so aku lantik...perubahan yang paling aku nampak dia dah mula jadi baik,,,n boleh dengar kata malah aku amat rapat ngan dia berbanding presiden len...kenapa aku kene baik ngan dia? coz dalam MT dia seorang jer yang bukan asal JPPK... yang lain sumer adalah senior dalam JPPK seperti pyan...steph...ayuni... dll... so kalu aku xrapat dia akan jauh n bawa haluan masing-masing... lagi pun dia x akan bincang masalah ngan aku kalu dia masih segan atau malu ngan aku...politik student pun aku kene tgk gak...hehehhe..zaman dia jadi presiden YAB telah dinobatkan sebagai Kolej Terbaik UUM... dan banyak gak menang anugerah x silap ader 4...projek terbaik 2 piala n kolej terbaik kategori akademik n budaya seni...aku dah buktikan bahawa aku boleh bimbing mereka untuk capai kejayaan... thanx sumer JPPK 2006!!


yang ini azrul....aku panggil cikgu lembam..heheh sori.... zaman dia dapat meneruskan kejayaan YAB sebagai kolej terbaik....2 tahun berturut2... banyak gak menang anugerah x silap aku....menang projek terbaik sukan n rekreasi dan budaya seni....selain itu menang kolej terbaik dalam kategori sukan & rekreasi, akademik & budaya n seni... masa tu banyak projek dah ke peringkat antarabangsa.... masa tu budak2 kolej lain dah mula respect kat YAB.... azrul pun mcm cdien aku lantik orang luar dari JPMK asal... aku lantik dia coz fokus tahun tu ialah khidmat masyarakat...coz dia aktif dalam khidmat masyarakat...so pengetahuan dia boleh digunakan...nampaknya aku lantik mesti ader sebab...hehe...

yang ni presiden terakhir yang bekerja ngan aku....Agos...orang nogori... dia dulu ialah Ketua RA blok... dulu dia takot ngan aku...jumpa tunduk jer lepas kenal...aku pun dia nak lawan... hahahah... aku lantik dia untuk nak kurangkan polemik politik di YAB... sebab yab dah mula berpuak2... ramai x sangka aku lantik dia..sekali lagi orang luar dalam JPMK tapi budak2 YAB ramai kenal dia coz dia dulu RA blok.... so ramai yang berteka-teki sape jadi pres tapi tidak kena...hahah aku berjaya mengaburi mata orang len... masa dia jadi presiden aku dah mula slow coz nak bersara dah...heheh...

lepas ni aku akan citer pasal kejayaan2 diorang...xtvt yang telah dibuah semasa mereka ni menjadi presiden... yang ni mukadimah jer...

masih MSK...koleksi aku banyak...

satu penghinaan oleh HEP terhadap kolej YAB...ader ker salah eja nama YAB....truk betul diorang ni....ni Pusat Kaunseling r tulis ni coz diorang organizer program MBR tu...papan tanda kolej ni pun salah eja...ishkkkk

mat rempit-mat rempit yang masih berleluasa semasa msk...hahahah thanx r jaga lalu lintas

nah ko budak jahat.... ambik kooo!! kuar pic besaq punya...siap nampak jerawat lagi....hahaha sebenarnya biudak ni berangan je lebih....pantang jumpa microfon mesti nak cakap...ajks yang paling orang benci sebab garang.... sebenarnya aku yang create karektor-karektor diorang masa msk...supaya ader ajks yang freshies takut dan akan dengar kata...yang lelakinya x silap aku suresh...thanx budak jahat...hahaha!!

biaser senyum nampak baik jer...padahal....hahahha

geng jaga makan...walau pun mereka yang makan lebih...hahhaha

jangan tinggalkan makkkk!!!! Huahhhhh!!! huahhhhh!!! anak saper r ni...heheheh

ajks-ajks sempat gak....

rimau yab yang berbaju kuning menguasai kompleks sukan!!!

nampak gah dari belakang....depan alahai.....!!

cilok epal budak-budak...lapaq...

tido timee...bangun!! nanti TNC pekik kang...heheheh!!!

polis yang mengawal lalu lintas...hehehhe!! untuk pengetahuan korang...budak tu tak mandi lagi...hahahahha!!!

heroin hisdustan yab...steph sedang lepak keletihan....

Wei....wat-wat letih....hahahah!!!


video lagi...

masa ni minggu suai kenal 2006 (MBR SDG terbesar kot) ... sumer pengetua bengang ngan aku coz aku suruh budak2 baru yab pakai t-shirt yang baru diorang dapat...cop harimau lagi...aku dapat inspirasi dari jersi kebangsaan... sepatutnya dalam mesyuarat sumer pengetua mintak jgn pakai t-shirt kolej sebab ader yang kolej tak siap lagi...supplier x sempat antar...lambat tempah r tu...pastu paksa orang jangan pakai....seperti biaser aku dengan sifat degil aku paksa gak budak baru pakai...hehehhe... so malam tu harimau yab telah berkeliaran di sekitar pelosok stadium...hahaha!!! padan muka kolej len...hahah!!!

Monday, May 25, 2009

minggu suaikenal lagi...

yang pakai baju oren tu r name dia yull, dia yang banyak amik gambar n video...thanx a lot..kalu x der dia tentu sumer pic ni xder dalam simpanan aku

geng-geng jahat ajks YAB yang diketuai oleh presiden...hahahha!!

mereka dengan khusyuknya mendengar aku bercerita...si iman(kucing), izad (budak jahat), azrul (cikgu lembam), yana (ustazah)..yull n x ingat nama dia...dia tu slalu kene saman ngan aku..hahaha

diorang amik pic aku masa bercakap ngan bebudak baru...huhuh

geng budak poyo YAB...hahaha

banner....

thanx kat felo-felo yab...kay...selain staf...siti, kak dib n aini

freshies...muka baik je awal2....

RA portion blok...juga banyak bantu masa registration....thanx

minggu suai kenal

video ni diambil masa minggu suai kenal tahun 2006 kot.... Biro Informasi dan penerbitan masa tu mmg wat keje tul...banyak pic n video diambil...credit wat exconya iaitu yull...dia banyak wat dokumentasi tapi sayang semua musnah masa kebakaran tu... nanti aku letak lagi video-video yang ada dalam simpanan aku...

Friday, May 22, 2009

jom mulakan episod baru....

Ok...lah....terlalu banyak episod sedih dalam blog ni....jangan terlalu kita fikirkan...dah takdir yang ditentukan olehNya... kita perlu redha dengan apa yang terjadi....mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini....aku masih ingat lagi kata-kata TNC HEPA Datuk Ahmad Faiz dulu bila aku jadi AJK Konvensyen MPP di Kuala Lumpur dulu... masa tu menteri pengajian tinggi datang merasmikan tiba-tiba gimik perasmian x jadi!!....mengelabah beb sumer orang termasuk r tnc.... confirm gimik tu x jadi masa launching tu.... bila dah abis majlis kitaorang frust gila...tapi ada ayat yang tnc cakapkan beri semangat kat kitaorang.... "jika gimik tu menjadi mungkin kita semua (semua ajk adalah pengetua UUM) akan merasa riak dan takbur" ....mungkin itu peringatan Allah kepada kita semua...so sama r kes macam kat YAB tu....huhu
Ok r aku mulakan dulu dengan sejarah aku mula jadi pengetua YAB... xsilap aku dalam 1 januari 2004 kot....kira mcm tu r.... mulanya aku jadi felo kat kolej Proton....lepas tu dilantik jadi pengetua kat YAB...mulanya aku dicadangkan di kolej pernas (tradewinds sekarang ni)...tapi tetiba Naib Canselor masa tu arwah datuk fauzi tukar aku ke YAB... mak oiii susuh ati giler aku. aku sebenarnya xmo jadi pengetua pun...aku tau betapa susahnya jadi pengetua ni...aku tgk masa aku jadi felo pengetua proton masa tu penat giler.... lepas tu bagi plak aku kat YAB...dah r ramai student... proton 700 org jer... YAB plak 3000 weiiii... ader palapes plak...huhu keje berat ni.... dulu pengetua YAB, ROTU xper r...

Aku ingat lagi hampir sebulan aku jadi blur memikirkan hal ini...nak tolak susah gak kerana UUM ni kalu kita tolak abis r career kita...x berkembang r pastu ... huhu... aku terima gak ngan ati yang berat... namun alhamdulillah di izinkan Allah aku dibantu oleh staf-staf dan JPMK yang baru dilantik yang banyak membantu... thanks...
Aku nak declare gak kat sini...bukan tujuan aku nak publisiti untuk paparkan sumer citer aku kat sini...tapi sebagai kenangan untuk dimanfaatkan semua orang...kalau ader yang baik ikut r...tapi kalau xde jauh-jauhkan jer...aku x perfect pun...

Mula sekali aku berangan nak ubah imej YAB..dulu YAb dikenali sebagi kolej buangan...sumer pelajar yang "jahat2"...yang degil yang xmo oleh kolej lain dihantar ke sini... dulu kolej YAB di kenali sebagai kolej Aseania....coz amik nama dari contractor yang buat bangunan ni.... aku nak jadikan kolej ni sebagai kolej terbaik...mulanya aku simpan ajer angan aku dalam hati...x penah nak bagi tau kat orang len... first step aku ialah banyakkan aktiviti dan libatkan seramai mungkin pelajar... aku nak upgradekan aktiviti supaya boleh ke peringkat lebih tinggi macam kebangsaan ker... memandangkan aku pernah terlibat dalam HEP maka aku tau macam mana jadikan YAB berjaya dalam aktiviti....

Namun sepanjang di YAB macam-macam dugaan dan rintangan yang perlu di harungi...

Ini projek pertama aku...bukan derma darah r...tapi yang ader anak panah tu....dinding tu aku war tanda "terima kasih atas jasa yang ditabur"... tujuannya ialah untuk mengenangkan jasa pelajar-pelajar YAB yang telah harumkan nama kolej...jika mereka menang di peringkat universiti atau lebih tinggi mewakili kolej gambar mereka akan aku letakkan di situ...itu sebagai tanda penghargaan kolej...tempat tu x terbakar...so aku harap pentadbiran kolej skarang ni sambung r usaha baik tu .... budak2 tu tentu bangga jika nama n gambar mereka terpampang di kolej....


ini projek seterusnya masa aku mula-mula jadi pengetua...wat dapur kat AP2..tujuannya untuk bebudak pompuan balajaq masak....jgn tau masak maggi jerr...hahahhaha peruntukan dapur tu ialah sebanyak RM10,000.00....korang ingat murah? nasib baik r PPA aku banyak tolong.... di bab-bab memasak ni rajin... tujuannya supaya ader r tempat bebudak pompuan nak lepak n masak... tapi yang bestnya bila diorang masak ajak pengetua makan sekali....heheh tu yang best makan free... tapi yang x bestnya presiden2 yab tau dulu plak...menyibuk jer nak makan sama...hahaha terutama di azman n cdien....leceh tul r...hahahah


yang ni plak untuk budak lelaki...aku sedia kan gym... belanja pun dalam rm10,000.00 gak... tapi budak2 ni tak tau nak jaga n sayangkan barang2 kat situ... banyak rosak..sebelum aku keluar aku ader r tambah alat skit....tapi selalu jer budak2 salah guna...ader ke masa cuti letak kotak barang diorang kat situ... pastu tu tukar kunci plak.,..kurang ajq dah bagi kemudahan ni jadinya .... aku geram suh staf yab cabut kunci tu n buang sumer brg yang diorang simpan...hahah ganaz gak aku...heheh

Isu bas... itu r masalah yang paling tension aku nak settlekan...memandangkan yab jauh dari bangunan akademik..pengangkutan bas menjadi penting r...pastu tu universiti pun slalu ajer tukar dasar...tu r aku pun jadi pening sama...bebudak yab plak minta nak bawa kenderaan sendiri...universiti punya dasar xmo budak bawak kenderaan sendiri...so cam ner...? so aku amik keputusan pelajar yang aktif ajer boleh bawak kenderaan...aku ketatkan syarat mesti aktif ngan kolej atau universiti...mesti ader bukti ngan sijil ker....surat ker... tapi kadang-kadang kene klentong gak aku ngan budak2...nasib2! tapi kalau nak tau aku r pengetua yang senang luluskan permohonan...walaupun macam tu mesti budak tu aktif...so senang r aku jawap kat tnc kenapa aku luluskan banyak permohonan.

ni plak yang pakai tudung itam tu...pengurus asrama yang paling lama kat yab...kira tahap tepu r kat sana...hahahah!!! kak dib....org melaka.... selalu kami lawan2 gaduh ngan dia...walaupun slalu berselisih pendapat namun aku tetap ngan dia kawan baik.... kami profesional... aku sentiasa respect pendapat orang...

ni...shawn....timbalan pengetua masa aku mula-mula jadi pengetua...thanx sbb banyak beri aku gambaran sebenar kat yab...so mudah keje aku...

Satu lagi yangaku buat ialah dewan mashyur... aku inspirasikan dewan ni kerana selalu aktiviti yang dijalankan tiada tempat kat yab...nak suh universiti wat sampai aku pencen xder r...so aku amik inisiatif sendiri pecahkan bangunan tu nak jadikan dewan..kecik pun kecik r asalkan boleh wat aktiviti... tapi nak realisasikan dewan tu banyak dugaan..asalnya ialah kedai fotostat, bilik kunci dan kedai komputer...aku mintak kosongkan dengan kelulusan TNC...tapi taukeh kedai komputer tu hal ngan aku...dia wat tuduhan kata aku bagi kedai fotostat len tu berniaga kat blok ap1 coz bagi percent kat aku...siot jer.! aku x makan rasuah r.... aku mengadap TNC dan ceritakan perkara sebenar...akhirnya taukeh kedai tu pindah gak kat tempat len...haha aku berjaya!!!

Thursday, May 21, 2009

PENGUMUMAN PENTING!!

PENGUMUMAN!
KEPADA SEMUA YANG PERNAH MENDIAMI DEWAN PENGINAPAN PELAJAR YAYASAN ALBUKHARY (DULU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ YAYASAN ALBUKHARY) DARI TAHUN 2004 HINGGA 2008. JIKA ANDA MAHU MENYUMBANGKAN GAMBAR-GAMBER ATAU MATERIAL LAIN DALAM BENTUK DIGITAL UNTUK DIMUATKAN DALAM BLOG INI BOLEHLAH EMELKAN KEPADA SAYA: zamthegreat1975@yahoo.com ATAU zamthegreat@mailcity.com
KITA SAMA-SAMA KUMPULKAN BAHAN-BAHAN KENANGAN YANG TELAH MUSNAH EKORAN KEBAKARAN PADA 17 MEI 2009.
INSYAALLAH SAYA AKAN MUATKAN DALAM BLOG INI. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA WARGA YAB SEKALIAN. KITA BINA ARKIB YAB DALAM ALAM SIBER INI...
MOHD ANIZAM ARIFFIN
EX-PENGETUA
2004-2008

bezanya....

Aku ada simpan beberapa pic dalam koleksi aku.... sajer wat kenangan... kita tgk perbandingannya selepas kejadian kebakaran tu....
Pejabat am dah jadi macam Perang kat Gaza...
x nampak beza sgt kan...tapi tgk r bahagian bumbung....



Gambar atas: masa tu awal2 YAB mula nak dibuka...x silap Minggu Suai Kenal... masa tu pengetua lama Mejer Hj Azizan Hussain...ex pengetua sebelum aku...bersama pelajar baru...seorang tu pangkat Dato' n seorang tu OKU.... biaser r PRO...amik gambar nak publisiti...heheh Gambar bawah: huhuhuu...tangga pun dah nak musnah....

Kafe... pun kene tempias....maklumlah pejabat yang terbakar tu kat atas bangunan...kayu n habuk sumer jatuh...

sebenarnya banyak piala yang menang...siap satu almari besaq...tapi yang ni ajer yang tinggal...
yang miraclenya piala Johan Keseluruhan Sambutan Maulidur Rasul 2008 x terbakar... tgk betul2


tgk r bahagian tepi bilik mesyuarat...hangus...hancus....