Friday, May 22, 2009

jom mulakan episod baru....

Ok...lah....terlalu banyak episod sedih dalam blog ni....jangan terlalu kita fikirkan...dah takdir yang ditentukan olehNya... kita perlu redha dengan apa yang terjadi....mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini....aku masih ingat lagi kata-kata TNC HEPA Datuk Ahmad Faiz dulu bila aku jadi AJK Konvensyen MPP di Kuala Lumpur dulu... masa tu menteri pengajian tinggi datang merasmikan tiba-tiba gimik perasmian x jadi!!....mengelabah beb sumer orang termasuk r tnc.... confirm gimik tu x jadi masa launching tu.... bila dah abis majlis kitaorang frust gila...tapi ada ayat yang tnc cakapkan beri semangat kat kitaorang.... "jika gimik tu menjadi mungkin kita semua (semua ajk adalah pengetua UUM) akan merasa riak dan takbur" ....mungkin itu peringatan Allah kepada kita semua...so sama r kes macam kat YAB tu....huhu
Ok r aku mulakan dulu dengan sejarah aku mula jadi pengetua YAB... xsilap aku dalam 1 januari 2004 kot....kira mcm tu r.... mulanya aku jadi felo kat kolej Proton....lepas tu dilantik jadi pengetua kat YAB...mulanya aku dicadangkan di kolej pernas (tradewinds sekarang ni)...tapi tetiba Naib Canselor masa tu arwah datuk fauzi tukar aku ke YAB... mak oiii susuh ati giler aku. aku sebenarnya xmo jadi pengetua pun...aku tau betapa susahnya jadi pengetua ni...aku tgk masa aku jadi felo pengetua proton masa tu penat giler.... lepas tu bagi plak aku kat YAB...dah r ramai student... proton 700 org jer... YAB plak 3000 weiiii... ader palapes plak...huhu keje berat ni.... dulu pengetua YAB, ROTU xper r...

Aku ingat lagi hampir sebulan aku jadi blur memikirkan hal ini...nak tolak susah gak kerana UUM ni kalu kita tolak abis r career kita...x berkembang r pastu ... huhu... aku terima gak ngan ati yang berat... namun alhamdulillah di izinkan Allah aku dibantu oleh staf-staf dan JPMK yang baru dilantik yang banyak membantu... thanks...
Aku nak declare gak kat sini...bukan tujuan aku nak publisiti untuk paparkan sumer citer aku kat sini...tapi sebagai kenangan untuk dimanfaatkan semua orang...kalau ader yang baik ikut r...tapi kalau xde jauh-jauhkan jer...aku x perfect pun...

Mula sekali aku berangan nak ubah imej YAB..dulu YAb dikenali sebagi kolej buangan...sumer pelajar yang "jahat2"...yang degil yang xmo oleh kolej lain dihantar ke sini... dulu kolej YAB di kenali sebagai kolej Aseania....coz amik nama dari contractor yang buat bangunan ni.... aku nak jadikan kolej ni sebagai kolej terbaik...mulanya aku simpan ajer angan aku dalam hati...x penah nak bagi tau kat orang len... first step aku ialah banyakkan aktiviti dan libatkan seramai mungkin pelajar... aku nak upgradekan aktiviti supaya boleh ke peringkat lebih tinggi macam kebangsaan ker... memandangkan aku pernah terlibat dalam HEP maka aku tau macam mana jadikan YAB berjaya dalam aktiviti....

Namun sepanjang di YAB macam-macam dugaan dan rintangan yang perlu di harungi...

Ini projek pertama aku...bukan derma darah r...tapi yang ader anak panah tu....dinding tu aku war tanda "terima kasih atas jasa yang ditabur"... tujuannya ialah untuk mengenangkan jasa pelajar-pelajar YAB yang telah harumkan nama kolej...jika mereka menang di peringkat universiti atau lebih tinggi mewakili kolej gambar mereka akan aku letakkan di situ...itu sebagai tanda penghargaan kolej...tempat tu x terbakar...so aku harap pentadbiran kolej skarang ni sambung r usaha baik tu .... budak2 tu tentu bangga jika nama n gambar mereka terpampang di kolej....


ini projek seterusnya masa aku mula-mula jadi pengetua...wat dapur kat AP2..tujuannya untuk bebudak pompuan balajaq masak....jgn tau masak maggi jerr...hahahhaha peruntukan dapur tu ialah sebanyak RM10,000.00....korang ingat murah? nasib baik r PPA aku banyak tolong.... di bab-bab memasak ni rajin... tujuannya supaya ader r tempat bebudak pompuan nak lepak n masak... tapi yang bestnya bila diorang masak ajak pengetua makan sekali....heheh tu yang best makan free... tapi yang x bestnya presiden2 yab tau dulu plak...menyibuk jer nak makan sama...hahaha terutama di azman n cdien....leceh tul r...hahahah


yang ni plak untuk budak lelaki...aku sedia kan gym... belanja pun dalam rm10,000.00 gak... tapi budak2 ni tak tau nak jaga n sayangkan barang2 kat situ... banyak rosak..sebelum aku keluar aku ader r tambah alat skit....tapi selalu jer budak2 salah guna...ader ke masa cuti letak kotak barang diorang kat situ... pastu tu tukar kunci plak.,..kurang ajq dah bagi kemudahan ni jadinya .... aku geram suh staf yab cabut kunci tu n buang sumer brg yang diorang simpan...hahah ganaz gak aku...heheh

Isu bas... itu r masalah yang paling tension aku nak settlekan...memandangkan yab jauh dari bangunan akademik..pengangkutan bas menjadi penting r...pastu tu universiti pun slalu ajer tukar dasar...tu r aku pun jadi pening sama...bebudak yab plak minta nak bawa kenderaan sendiri...universiti punya dasar xmo budak bawak kenderaan sendiri...so cam ner...? so aku amik keputusan pelajar yang aktif ajer boleh bawak kenderaan...aku ketatkan syarat mesti aktif ngan kolej atau universiti...mesti ader bukti ngan sijil ker....surat ker... tapi kadang-kadang kene klentong gak aku ngan budak2...nasib2! tapi kalau nak tau aku r pengetua yang senang luluskan permohonan...walaupun macam tu mesti budak tu aktif...so senang r aku jawap kat tnc kenapa aku luluskan banyak permohonan.

ni plak yang pakai tudung itam tu...pengurus asrama yang paling lama kat yab...kira tahap tepu r kat sana...hahahah!!! kak dib....org melaka.... selalu kami lawan2 gaduh ngan dia...walaupun slalu berselisih pendapat namun aku tetap ngan dia kawan baik.... kami profesional... aku sentiasa respect pendapat orang...

ni...shawn....timbalan pengetua masa aku mula-mula jadi pengetua...thanx sbb banyak beri aku gambaran sebenar kat yab...so mudah keje aku...

Satu lagi yangaku buat ialah dewan mashyur... aku inspirasikan dewan ni kerana selalu aktiviti yang dijalankan tiada tempat kat yab...nak suh universiti wat sampai aku pencen xder r...so aku amik inisiatif sendiri pecahkan bangunan tu nak jadikan dewan..kecik pun kecik r asalkan boleh wat aktiviti... tapi nak realisasikan dewan tu banyak dugaan..asalnya ialah kedai fotostat, bilik kunci dan kedai komputer...aku mintak kosongkan dengan kelulusan TNC...tapi taukeh kedai komputer tu hal ngan aku...dia wat tuduhan kata aku bagi kedai fotostat len tu berniaga kat blok ap1 coz bagi percent kat aku...siot jer.! aku x makan rasuah r.... aku mengadap TNC dan ceritakan perkara sebenar...akhirnya taukeh kedai tu pindah gak kat tempat len...haha aku berjaya!!!

2 comments:

  1. HIDUP YAB...KNGAN TERINDAH BERSAMA SELAMANYA..........

    ReplyDelete
  2. sapa r bdak yg amik adiah 2 kan...smart tol..huhuhu

    ReplyDelete