Tuesday, May 19, 2009



















Struktur bangunan pada luar x nampak terjejas tapi bahagian dalam yarabbi….hangus n musnah…tiada apa yang dapat diselamatkan…kemusnahan?...semua musnah dari bilik JPMK hinggalah ke bilik mesyuarat…. Sepanjang laluan ke pejabat semuanya hangus…. Bilik JPMK (puncanya) mmg r dah hancur n musnah sekali…. Yang paling sedih almari kaca untuk disimpan semua piala kemenangan yang dikumpulkan sejak tahun 2000 musnah sekelip mata…piala yang paling berprestij “Piala Kolej Terbaik Anugerah Kerana Jasa UUM” ranap sama sekali. Almari kaca tu aku dan kak bib usahakan beli bernilai kira-kira RM2 ribu.


Masih ingat lagi masa tukang kedai hantar almari tu aku reject sebab aku x suka design dia mula-mula…setelah wat skit pengubahsuaian skit aku terima akhirnya…(aku ni mmg jenis orang yang cerewet terutama dalam soal hiasan dalaman ni) Piala-piala lain yang menang juga turut musnah…sepanjang aku jadi pengetua selama 5 tahun banyak juga aku kumpulkan piala kemenangan bebudak YAB dan juga staf. Tapi akhirnya musnah begitu jer…sedih….

No comments:

Post a Comment