Wednesday, May 20, 2009

puncanya....

kesan terbakar dari air cond

aircond yang dikatakan ponca kejadian

Aku difahamkan bahawa punca kejadian malang ini berlaku berpunca dari bilik JPMK… yang terletak di bahagian tepi sekali blok pentadbiran YAB. Kejadian berlaku dalam masa jam 2.30pg.. 17 Mei 2009 (sehari selepas hari guru)…punca kebakaran dikatakan disebabkan oleh litar pintas oleh penghawa dingin di bilik tersebut.,, seingat aku bilik tu mula dipasang aircond bila YAB bagi penginapan rasmi kontingen Negeri Selangor masa sukan SUKMA di Kedah tahun 2006…masa tu JPPK zaman cdien jadi presiden…diorang punya seronok dapat aircond masa tu kerana bilik tu dijadikan bilik rawatan untuk atlit… then air cond tu kekal di situ… kira-kira usia air cond tu dalam 3 tahun jer dipasang…tak kan dah rosak kot?

Kalau boleh aku katakana bahawa puncanya adalah kerana aircond tu tidak pernah ditutup….over limit! Itu lah kadang-kadang bila dah ader kemudahan digunakan tanpa rasa tanggungjawab jadi macam tu lah… aku ingat lagi masa aku masih jadi pengetua pernah sekali tu aku tgk pagi2 jam 7.45 bilik tu jadi sejuk betul sampai tingkap berwap. Rupanya air cond x tutup… aku pun naik angin lah…. Aku bagi warning kat presiden cari sape yang punca x tutup.. selang beberapa hari dia bagitau aku exco sukan orang yang terakhir keluar x tutup… aku pun bagi warning…jika berlaku lagi aku tidak teragak-agak gantung penggunaan bilik tu…

Sebenarnya nya bilik tu dari dulu lagi aku x berkenan…berserak…kotor…dan jadi tempat tidor pulak… aku kadang2 pening nak fikirkan macam mana nak settlekan problem ni…dulu masa aku study kat UKM x pernah jadi macam tu…bilik JAKSA kemas jer…x penah nak guna untuk tido ker…. Makan ker… Nak aku katakan aku dulu puji ketegasan Pyan (timbalan presiden 2006) dulu…bebudak JPMK punya takot sampai nak mengunyah makan pun x boleh di bilik JPMK… Selepas tu keadaan sudah x terkawal lagi…

Berbalik punca kebakaran tu… mungkin juga masalah pendawaian… mungkin kontraktor buat dalam keadaan tergesa-gesa…maklumlah ketika tu keadaan mmg x cukup masa kerana SUKMA.,,sumer keje nak disiapkan cepat…. Tension juga ketika tu bila diingat2kan..hehe… Dengar cerita juga sebelum tu aircond tu tak berfungsi dengan baik….hanya keluar angin jer…so kalu dah rosak kenapa nak pasang jugak,.. ? sendiri jawap lah…. namun tunggu ajer lah report dari Jabatan Bomba…

No comments:

Post a Comment