Wednesday, July 8, 2009

YAB menang 2 tahun berturut-turut

keratan berita online uum...
PROUUM ONLINE: Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Yayasan AlBukhary Universiti Utara Malaysia (UUM) mempertahankan kedudukan mereka sebagai Dewan Penginapan PelajarTerbaik bagi 2007 apabila menerima anugerah bagi kategori tersebut di Anugerah Kerana Jasa 2007. Dengan menerima anugerah tersebut, DPP YAB berjaya mengalahkan 14 dewanpenginapan pelajar lain dan seterusnya mengekalkan gelaran tersebut bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
DPP YAB turut memenangi Anugerah Projek Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa DewanPenginapan Pelajar (JPM DPP) Terbaik (Sukan dan Rekreasi), Budaya dan Seni, Anugerah DPP Terbaik bagi kategori Akademik, Khidmat Masyarakat dan Sukan dan Rekreasi. Pro Canselor UUM, Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim menyampaikan hadiah berprestij berupa piala pusingan kepada Pengetua DPP YAB, Mohd Anizam Ariffin.Turut sama menyaksikan penganugerahan itu ialah Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Dahlan Ismail di Hotel EDC-UUM baru-baru ini.
Mohd Anizam yang ditemui berkata kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan kerjasama daripada pelajar DPP YAB yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan YAB selalu muncul cemerlang. Katanya, sebagai pengetua beliau sentiasa memberikan galakan dan semangat kepada pelajar tersebut untuk terus berusaha dan cuba menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti tidak kira dalam hal-hal berkaitan akademik ataupun kokurikulum lain. “Saya melihat pelajar perlu lebih kreatif dalam menganjurkan aktiviti yang dijalankan bagi menonjolkan idea-idea baru. Kita jangan laksana aktiviti yang sama sahaja sebaliknya cuba dedahkan dan pandu mereka untuk merancang aktiviti baru.
“Kita juga perlu menggalakkan pelajar mencari idea yang lebih ke hadapan yang mampu menarik pelajar lain untuk menyertainya. Daripada setiap aktiviti yang dijalankan kita boleh membuat penilaian sejauh mana aktiviti tersebut berjaya,”katanya yang cuba berkongsi rahsia kejayaan DPP YAB. Tambah Anizam, ucapan tahniah sepatutnya diberikan kepada pelajar dan JPPK tahun lalu kerana kesungguhan mereka melakukan pelbagai aktiviti yang memberi manfaatkepada pelajar itu sendiri dan masyarakat keseluruhan.
Sebanyak 30 kategori anugerah dipertandingkan antaranya Anugerah Projek Terbaik Badan Pelajar, Projek Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Dewan PenginapanPelajar Terbaik, Anugerah Projek Terbaik Majlis Perwakilan Pelajar, Anugerah DPP Terbaik, Anugerah Budi Pertiwi (Siswa dan Siswi), Mahasiswa dan MahasiswiHarapan Terbaik, Budaya dan Seni Terbaik (Siswa dan Siswi), Olahragawan dan Olahragawati Terbaik dan Anugerah Mahasiswa dan Mahasiswi Terbaik. 14 kolej kediaman lain di UUM seperti kolej MAS, TENAGA NASIONAL, PROTON,TRADEWINDS, PETRONAS, GUTHRIE, MISC, TM, PERWAJA, MAYBANK, BANK MUAMALAT, EON,BANK RAKYAT dan BUKIT KACHI 2 turut menyertai pertandingan tahunan berkenaan. Dalam ucapannya Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz berkata pembabitan mahasiswa dalampelbagai aktiviti di luar bilik kuliah merupakan satu usaha yang boleh mengasahbakat kepemimpinan dan pengurusan mahasiswa.“Dalam era alaf baru ini persaingan semakin hebat, konsep langit terbuka akanterus menyebabkan persaingan menjadi semakin sengit di kalangan generasi mudaterutamanya mahasiswa universiti.
“Untuk berhadapan dengan cabaran ini mahasiswa perlu melengkapkan diri denganilmu yang berkualiti baik dari dalam ataupun luar bilik kuliah. Mahasiswaperlulah memacu dan memandu ilmu yang diperoleh agar sejajar dan sehaluan denganidealisme sejagat.“Idealisme itu semestinya berteraskan dan berakar umbi perkara-perkara sepertikecintaan kepada agama, bangsa, negara, kebenaran, keadilan dan keharmonian,”katanya lagi.Beliau berharap, mahasiswa masa kini khususnya mahasiswa UUM akan sentiasa memperlengkapkan diri dengan kemahiran serta menguasai bahasa Inggeris sertapelbagai ilmu lain yng dapat menjadi nilai tambah kepada mereka.Sementara itu, bagi kategori penerima Anugerah Mahasiswa Terbaik diberikankepada Khairil Anuar Azmi dan Anugerah Mahasiswi Terbaik kepada Siti NurkhasanahKhalil manakala Ooi Choon Jun pula menerima Anugerah Mahasiswa Harapan Terbaik dan Nur Balkis Hassan (Anugerah Mahasiswi Harapan Terbaik).Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM,Datuk Dr Faiz Hamid dan pegawai-pegawai kanan universiti.

hadiah yang kami dapat mlm tu...banyak wooo!!

gambar ni MT JPPK 2008..tapi semua kecuali Presiden ialah bekas JPPK 2007..so diorang layak r bergembira kecuali presiden...ambik ko agos...!!

bergaya lagi ngan coki2, n nasrul...yang ni baru betul2 ex jpmk 2007

Agos: saya dah kata kita mmg layak menang!!
Aku: pi rah..!! yang menang JPPK 2007 ek...bukan 2008...pres 2008 tumpang semangkuk je tau...hahhahah

Agos memang suka mengoyak hamper...haha..aku plak bz melayan sms ucapan tahniah...

aktiviti bersama memakan makanan ringan


dalam dewan EDC anugerah kerana jasa..jppk yab kuat makan

aku singgah makan sekali...

coki pun menang

nasrul pun menang gak...

nadia wakil naik pentas amik hadiah...kira dia n agos bergilir2 amik hadiah...byk woo..

CJ duk sebelah TNC..x lalu makan...hahah

amik ko...

amik gak...

mulanya aku xmo naik pentas coz dulu jadi isu pengetua naik pentas sedangkan projek tu student yang buat... tapi masa diumumkan si fairoz (hep) suh gak aku pi naik...dia kata sebelum aku kuar x jadi pengetua yab lagi... pi r amik gak..huhu


agos yang over...hahahah



agos diapit aweks....

sayang...sumer piala dah musnah....huhuhu

1 comment:

  1. tahniah kt jpmk yg brjaya pertahankan gelaran juara...aku bangga ngan korang...smapi mati pn korang akan ingat bile dh kecapi kjyaan 2...

    ReplyDelete