Tuesday, June 30, 2009

YAB Kolej Terbilang 2006!!

kali ni aku nak cerita pasal kejayaan terbesar YAB semasa aku jadi pengetua..iaitu bila YAB dinobatkan sebagai Kolej Terbaik UUM 2006...semasa Cdien menjadi presiden.... sememangnya aku x menaruh harapan besar kerana persaing seperti Proton n EON mmg dah gah pada aku...walaupun mengharapkan sesuatu keajaiban namun aku diamkan ajer dalam ati aku...
majlis Anugerah kerana jasa tu dibuat di Putra Palace kangar...malangnya aku x pi...huhuhu!! aku telah ditugaskan sebagai pegawai pemantau IPT Pilihanraya Kecil kat Ijok selangor...mulanya aku nak jer tolak xcment tu...tapi aper alasan?..x kan nak kata saya nak tgk YAB menang....kalu yab menang ...ok r.....kalau kalah...malu aku beb....
so malam tu aku kat Ijok r meronda-ronda mendengar ceramah anwar ibrahim...hahahah... sebelum aku pi ...aku dah arahkan felo aku si kori n net untuk wakil aku... tapi petang tu sharima (pengetua TM) telah tepon aku kata kolej aku menang...aku bolayan jer...diorang boleh ckp jer tapi aku x kisah sgt khabar angin...lepas tu lepas maghrib Joe (ex felo) call bagi "bunga2" kat aku... sebenarnya aku x agak pun...
lebih kurang jam 10.30 mlm hp aku truk traffic jam...budak2 dalam dewan call kata yab menang...setiap single kategori report kat aku,.aku layan jer...hehehe...akhirnya berjaya gak aku ubah presepsi dari kolej buangan n kolej yang banyak masalah menjadi kolej terbaik...heheheh terima kasih banyak aku tujukan kepada JPPK dibawah cdien yang mencapai impian aku untuk membimbing menjadi kolej terbaik!!! IDUP YAB!!!!

Pic ini diambil oleh PRO...JPPK di bawah azrul ikut skali...

duk dalam bas...mmg posing x henti2

ketua kampun pyan...membawa anak2 dalam rombongan cik pyan ke sukan komenwel...hahahah

wat malu jer...x reti duk diam

cdien amik hadian utama....

antara vip...

azrul pun tlg amikkan

jurukamera yang lebih...hahaha

amik...jgn x amik

opocot nak jatuh...

berebut nak piala tu...tapi sayang piala tu dah hangus...yang tinggal hanya gambar jer

pyan n cdien komnizasi yang baek untuk pastikan yab menang...

lupa kat aku bila dah sronok ek...huhuh

sebenarnya mmg setiap kali majlis akj diadakan akan menjadi isu di kalangan jppk...mereka akan kata....jppk lama yang menang tapi jppk baru yang over...dulu masa yab naib johan ader ex jppk anta sms kat aku kata budak-budak baru yang lebih meraikan sedangkan itu ialah kejayaan mereka...entah r...sebenarnya aku panggil yang baru kerana mereka ader pakaian yang seragam menunjukkan unity...n memberi motivasi agar pertahankan kejayaan itu... bukan niat aku nak ketepikan mereka...setiap kali menang aku akan wat jamuan untuk jppk yang lama...tapi kadang2 ader gak jppk yang lama banyak soingel ..bila suh join mereka mintak baju baru r...x mo naik bas r... x mo campur ngan jppk baru r...mcm2 perangai r....huhuhu


last2 diorang JPPK lama raikan kat dalam bilik JPPK jer...heheheh... keciannnnn padan muka...aku wat jamuan gak kat mereka...panggil sumer yang terlibat...pastu siap bagi astro lagi kat blok lelaki n pompuan...(tu pun setelah aku dipujuk oleh pres...atas sifat aku yang baik n tak sanggup tgk muka pres yang wat2 muka kecian n seposen aku tunai kan r...heheh)

ini adalah teks dalam PRO online...



KOLEJ YAB DINOBAT KOLEJ TERBILANG UUM 2006PROUUM
ONLINE: KOLEJ Kediaman Yayasan Albukhary (YAB) Universiti Utara Malaysia (UUM) dinobatkan sebagai Kolej Terbilang Keseluruhan bagi tahun 2006 di Majlis Anugerah Kerana Jasa (AKJ'06), sekaligus mengalahkan 14 kolej kediaman yang lain. Kolej YAB turut memenangi kategori Anugerah Projek Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej (JPPK) Cemerlang (Akademik), Projek JPPK Cemerlang (Budaya dan Seni), Anugerah Kolej Kediaman Gemilang (Akademik) dan Anugerah Kolej Kediaman Gemilang (Budaya dan Seni).Speaker Dewan Negara yang juga Pro-Canselor UUM, Tan Sri Dato’ Seri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyampaikan hadiah berprestij berkenaan kepada Presiden JPPK YAB tahun lalu, Sharudin Hamid yang turut disaksikan Naib Canselor UUM, Dato’ Dr Nordin Kardi.Dalam ucapannya, Dr Abdul Hamid Pawanteh berkata, program berkenaan merupakan langkah bijak universiti dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajarnya yang telah memberikan sumbangan cemerlang.”langkah itu akan menjadi motivasi kepada pelajar lain supaya mereka berusaha lebih gigih dalam memastikan lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan dapat dicapai.”Kayu ukur yang digunakan untuk menentukan tahap cemerlang, gemilang dan terbilang akan membolehkan pelajar berusaha setiap masa dengan lebih gigih untuk mencapai sasaran berkenaan,” katanya.
Sebanyak 36 anugerah dipertandingkan dalam majlis yang berlangsung di Hotel Putra Palace, Perlis semalam antaranya Anugerah Projek Cemerlang Badan Pelajar, Projek Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej (JPPK) Cemerlang, Exco Majlis Perwakilan Pelajar Gemilang, Badan Pelajar Gemilang, Olahragawan dan Olahragawati Terbilang, Budaya dan Seni Terbilang (Siswa dan Siswi) serta Kolej Kediaman Gemilang.14 kolej kediaman lain di UUM seperti kolej MAS, TENAGA NASIONAL, PROTON, PERNAS, PETRONAS, GUTHRIE, MISC, TM, PERWAJA, MAYBANK, BANK MUAMALAT, EON, KOLEJ BUKIT KACHI 1 dan 2 turut menyertai pertandingan tahunan berkenaan. Pengetua YAB, Mohd Anizam Ariffin meluahkan rasa gembira dengan kemenangan kolej yang menunjukkan YAB bukanlah semata-mata tempat kediaman pelajar, tetapi boleh membantu pelajar mengembangkan bakat mereka.”Tahniah sepatutnya diberikan kepada pelajar dan JPPK tahun lalu kerana kesungguhan mereka melakukan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri dan masyarakat keseluruhan.”Kami sebagai pengetua dan felo hanya membantu dari segi memberi nasihat. Mungkin kebetulan pelajar YAB hebat-hebat belaka sehingga membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti,” katanya yang berada di Selangor sekarang atas urusan rasmi.Timbalan Pengetua Kolej, Norizah Aripin pula berkata kemenangan itu adalah hasil kerja keras semua pelajar dan pihak pengurusan kolej.“Anugerah ini membuktikan Kolej YAB mampu bersaing dan kita tidak semata-mata memberi tumpuan akademik tetapi juga cemerlang dari segi kepemimpinan dan semangat sukarela,” kata Norizah yang juga seorang pensyarah muda di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden.Sementara itu, pemenang bagi kategori utama yang lain ialah Mustakim Mustafa untuk Anugerah Mahasiswa Terbilang dan Roslizawati Aziz untuk Anugerah Mahasiswi Terbilang manakala Muhammad Zaki Mohd Zuki (Anugerah Mahasiswa Gemilang) dan Atikah Pazil (Anugerah Mahasiswi Gemilang).Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof Madya Dr Abd Halim Ahmad dan Dekan Pembangunan Pelajar, Dr Ahmad Martadha Mohamed serta pegawai kanan universiti.Habis.

3 comments:

  1. sebut je yab sti rmai yg dh tau ngan peel bdk2 nye...bdk jhat la, bdk buangan la....tp akhirnya bdk2 yab dh brjaya buktikan yg mereka mmpu utk cipta kjyaan..kjyaan dlam akj sesuatu yg xdijangka pn..trkjut je rse..tp bile dh bnyak mng projek rse trdetik yg yab boleh jd juara..kjyaan ni pn bkn la hnya dr jppk semata-mata..semuanya atas komitmen bdk2 yab sendiri..kalo xde yg nk join n bantu ssuatu pojek, sti xjln kan pojek2 2...wlaupn klah dlm saingan sokul, tp yab dpt cpai mnjdi kolej pling trbaik..aku bangga jd rkyat yab yg mne aku jd tekong utk kolej nie..dlm org mprtikaikan aku jd pres, tp aku mmpu buktikan kmampuan aku dn akhirnya brjaya...ni pn ats bntuan bdk2 jppk aku..korang semua mmg best n dgr kate aku..huhuhu..utk en anizam yg banyak bantu dlm semua hal trima ksih kami ucapkan..xlupe buat felo dn juga staf2 yab...pape pn kngan pling trindah dlam idup aku adlah mencpai kjyaan mnjdi kolej trbaik..kngan yg xakn dlupakan smpai bile2 pn..lastly nk wish slamat brjaya kt sume bdk2 jppk 2006 n yab...idup yab...............

    ReplyDelete